suria

Speaker Tegur Ramai Ahli Parlimen Tidak Hadir

KUALA LUMPUR: Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Selasa menegur beberapa Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang kerana gagal menghadiri persidangan sebelah pagi bagi sesi soal jawab lisan.

Wan Junaidi juga secara sinis menyifatkan Ahli Parlimen yang tidak hadir untuk mengemukakan soalan mereka seperti yang disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat seolah-olah menghadapi sindrom 'Monday blues'.

"Biasanya ada 'Monday blues'. Tapi 'Tuesday blues' belum ada Yang Berhormat.

"Ramai ahli Yang Berhormat tidak hadir pagi ini," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Persidangan Dewan Rakyat yang bermula pada pukul 10 pagi dengan sesi soal jawab lisan menyaksikan seramai sembilan orang Ahli Parlimen tidak hadir mengemukakan soalan masing-masing.

Antara Ahli Parlimen yang tidak hadir ialah Datuk Alexander Nanta Linggi (BN-Kapit), Teo Nie Ching (DAP-Serdang), Datuk Dr Mohd Hayati Othman (PAS-Pendang), Datuk Sapawi Ahmad (BN-Sipitang), Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching), Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) serta Datuk Seri Wilfred Mojilip (BN-Tuaran).

Artikel Lain