suria

Polis Pahang Rampas Dadah Bernilai RM1.5 Juta

Penolong Pengarah Kastam KLIA, Sazali Unus menunjukkan beberapa Key-Chain yang berisi dadah pada sidang akhbar mengenai kejayaan Kastam KLIA merampas 7.25 kg dadah jenis Amphetamine bernilai RM725,000 di Ibu Pejabat Kastam KLIA di Sepang, Selasa. -fotoBERNAMA
Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani (tengah) menunjukkan sampul kertas yang mengandungi dadah jenis syabu seberat 1796.5 gram yang berjaya dirampas selepas menahan tiga lelaki warganegara Nigeria pada Khamis lepas semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang (IPK), Isnin. -fotoBERNAMA
Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani (tengah) menunjukkan sampul kertas yang mengandungi dadah jenis syabu seberat 1796.5 gram yang berjaya dirampas selepas menahan tiga lelaki warganegara Nigeria pada Khamis lepas semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang (IPK), Isnin. -fotoBERNAMA

KUANTAN: Polis Pahang berjaya merampas 1.7 kilogram dadah dipercayai jenis syabu bernilai RM1.5 juta dan menahan tiga lelaki Nigeria dalam satu operasi di Genting Highlands Khamis lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata suspek yang berusia antara 24 dan 29 tahun itu ditahan pukul 7.45 petang ketika menaiki teksi menuju Genting Higlands.

"Suspek dari Kuala Lumpur menuju Genting Highlands itu berjaya ditahan berhadapan pondok pengawal polis bantuan dekat Genting Sempah.

"Hasil pemeriksaan di bahagian bawah tempat duduk penumpang belakang sebelah kiri, polis menemui sampul kertas yang mengandungi dadah jenis syabu seberat 1796.5 gram," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Katanya kesemua warga Nigeria itu memasuki negara ini menggunakan pas pelajar sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur.

"Kita percaya mereka (warga Nigeria) itu aktif mengedar dadah sejak Ogos lepas, bagaimanapun mereka tidak mempunyai rekod jenayah dan tidak positif penyalahgunaan dadah," katanya.

Sharifuddin berkata polis turut menahan pemandu teksi berusia 46 tahun dari Rawang, Selangor itu.

Polis masih menyiasat sama ada lelaki tersebut turut terbabit dengan sindiket pengedaran dadah berkenaan, katanya. Katanya, polis percaya bekalan dadah berkenaan diperoleh dari negara asing untuk diedarkan di daerah Bentong, Temerloh dan Kuantan.

"Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mandatori gantung sampai mati jika sabit kesalahan," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain