suria

Lelaki Ditemui Mati Dalam Kapal Persiaran

GEORGE TOWN: Seorang lelaki warga China ditemui mati dalam sebuah bilik di kapal persiaran Star Virgo tengah hari Isnin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata mayat Sun Hing Wei, 22, yang bekerja sebagai pengemas bilik di dalam kapal itu ditemui dalam bilik tidur oleh rakan sebiliknya.

Rakannya hanya menyedari kematian Sun setelah kapal itu berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang tengah hari semalam selepas belayar dari Singapura.

"Mayat Sun dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat pada 10 pagi tadi," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Beliau berkata hasil bedah siasat mendapati tiada sebarang kecederaan pada badan lelaki berkenaan dan polis mengklasifikasi kes itu sebagai kematian mengejut. - BERNAMA

Artikel Lain