Laporan Produk Ayamas Mengandungi Antibiotik Diumum Khamis Ini - Liow - Semasa | mStar

Laporan Produk Ayamas Mengandungi Antibiotik Diumum Khamis Ini - Liow

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan sudah mengambil contoh dari produk ayam syarikat Ayamas Food Corporation Sdn Bhd (Ayamas) yang didakwa mengandungi antibiotik Chloramphenicol yang boleh menjejas kesihatan.

Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pemeriksaan produk itu sedang dijalankan dan laporan akan dikemukakan oleh Bahagian Keselamatan Makanan kementerian pada Khamis ini.

Beliau berkata pemeriksaan itu dibuat bagi memastikan produk makanan dari syarikat itu adalah selamat.

"Di samping itu saya nak maklumkan bahawa sebenarnya kementerian sering memantau keselamatan makanan setiap masa dan pemeriksaan pada produk Ayamas pernah dibuat beberapa tahun yang lepas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Pelancongan Penjagaan Kesihatan Antarabangsa Malaysia 2012 di sini, Selasa.

Media melaporkan, pada Khamis lepas kerajaan Sarawak mengeluarkan larangan import produk ayam syarikat terbabit berkuat kuasa serta merta selepas satu ujian menemui antibiotik Chloramphenicol.

Dalam pada itu, Liow turut menasihati mangsa banjir sekarang supaya menjaga kebersihan diri serta tempat tinggal bagi mengelak dari penyakit taun, denggi dan leptospirosis (kencing tikus). -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain