suria

Kerajaan Tidak Akan Tarik Balik Cadangan Pelaksanaan Gaji Minimum – Subramaniam

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak akan menarik balik cadangan untuk melaksanakan gaji minimum sebanyak RM900 bermula 1 Januari tahun depan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr Subramaniam berkata tidak akan ada sebarang kelewatan dalam pelaksanaannya undang-undang baru itu nanti, tanpa mengira 4,500 permohonan daripada industri kecil dan sederhana yang mahukan lebih banyak masa untuk menyesuaikan dengan keadaan tersebut.

"Dalam Akta (Gaji Minimum 2012) terdapat peruntukan bahawa syarikat-syarikat yang mahu membuat rayuan sepatutnya berbuat demikian 90 hari sebelum pengumuman tarikh (pelaksanaan). Jadi dengan menggunakan peruntukan tersebut mereka boleh mengemukakan rayuan.

"Dalam isu ini (gaji minimum) Majlis Konsultasi Gaji Minimum perlu mempertimbangkan semua kemungkinan termasuk permohonan mereka akan ditolak," katanya pada sidang media selepas melancarkan Konvokesyen Intstitut Latihan Tenaga Kerja Malaysia (ILJTM) ke-17 di sini, Selasa.

Artikel Lain