Keputusan UPSR Diumum 19 November Ini - Semasa | mStar

Keputusan UPSR Diumum 19 November Ini

KUALA LUMPUR: Seramai 517,139 orang calon yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2012 di 8,284 pusat peperiksaan seluruh negara akan menerima keputusan masing-masing pada Isnin, 19 November ini.

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam kenyataan di sini hari ini berkata majlis pengumuman analisis keputusan UPSR itu akan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

"Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi pada hari yang sama," menurut kenyataan itu.

Lembaga Peperiksaan mengambil masa selama sepuluh minggu bagi melaksanakan pemprosesan pemeriksaan dan analisis keputusan.

UPSR bermula pada 11 September sehingga 13 September lalu, terdiri daripada 507,783 calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan sementara 9,345 calon sekolah swasta penghantar Bahasa Melayu dan 11 calon daripada sekolah swasta penghantar Bahasa Cina. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain