suria

Lelaki Rebah Ketika Menunggu Giliran Di Jabatan Imigresen

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang berurusan di Unit Pasport Jabatan Imigresen Jalan Duta di sini hari ini gempar apabila seorang lelaki tiba-tiba rebah ketika menunggu giliran sebelum disahkan meninggal dunia akibat sakit jantung.

Ketika kejadian pada 3 petang itu, Teow Ean Choo, 59, sedang menunggu untuk mengambil nombor giliran untuk mendapatkan cop pengesahan bagi membolehkannya bercuti di Vietnam.

Isteri beliau, Chua Lee Fong, 40, berkata suaminya datang ke pejabat itu bersendirian sebelum diserang sakit jantung secara tiba-tiba.

"Suami saya memang mempunyai sejarah keturunan sakit jantung tetapi saya tidak sangka perkara sebegini boleh berlaku," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabat Imigresen itu.

Jurucakap polis mengklasifikasikan kematian Teow sebagai mati mengejut kerana polis menemui ubat sakit jantung di dalam poket seluar mangsa. - BERNAMA

Artikel Lain