suria

Gores Dan Menang: 78 Individu Dakwa Kerugian Hampir Setengah Juta

Timbalan Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pahang, Abdul Aljailani Mohd Sharrill (dua,kiri) bersama pegawai polis dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) menunjukkan tiket gores dan menang serta sebahagian barangan hadiah yang dirampas semasa sidang media di pejabatnya. Seramai 78 individu mendakwa kerugian hampir setengah juta akibat tertipu dengan tawaran hadiah menerusi peraduan gores dan menang. -fotoBERNAMA

KUANTAN: Seramai 78 individu mendakwa kerugian hampir setengah juta akibat tertipu dengan tawaran hadiah menerusi peraduan gores dan menang.

Timbalan Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pahang Abdul Aljailani Mohd Sharrill berkata bagi tempoh Januari hingga semalam, mangsa mendakwa dipaksa membayar sejumlah wang sebelum diberikan hadiah yang dimenangi.

"Sebanyak 78 individu membuat laporan kepada pihak kami bagi tempoh berkenaan selepas mendakwa mereka terpedaya selepas peraduan gores kupon itu.

"Bagi membanteras kegiatan itu, hari ini kami melakukan satu operasi bersama pihak polis dan Majlis Perbandaran di sekitar bandar Kuantan.

"Kami telah menyerbu sebuah premis di Kuantan yang menyimpan pelbagai barangan elektrik, dipercayai digunakan untuk mengumpan individu bagi aktiviti gores dan menang berkenaan," katanya kepada pemberita, Isnin.

Abdul Aljailani berkata seramai lima suspek berusia 20 hingga 30 tahun ditahan di premis itu.

"Kami turut merampas 50 kupon gores dan menang serta pelbagai barangan elektrik," katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 20B Akta Perihal Dagangan 2011. - BERNAMA

Artikel Lain