suria

Dua Remaja Didakwa Sebabkan Kematian Pelajar Di Melaka

Dua remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Juvana di Alor Gajah, Melaka, atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang pelajar tingkatan dua di tingkat satu Perhentian Bas & Teksi Pulau Sebang pada Oktober lepas. Kelihatan salah seorang remaja berusia 14 tahun, diiringi anggota polis, dibawa untuk dihadapkan ke Mahkamah tersebut. -fotoBERNAMA

ALOR GAJAH: Dua remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Juvana atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang pelajar tingkatan dua di tingkat satu Perhentian Bas & Teksi Pulau Sebang pada Oktober lepas.

Kedua-dua tertuduh berusia 14 tahun itu didakwa menyebabkan kematian pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Sebang K.Saravannan pada kira-kira 2.30 petang, 24 Oktober lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, mereka mengaku tidak bersalah di depan Majistret Mohd Firdaus Saleh dalam prosiding secara tertutup.

Mohd Firdaus kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan mereka melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.

Mahkamah menetapkan 28 November ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nor Shazwani Ishak sementara kedua-dua tertuduh diwakili peguam Azrul Zulkifli Stork. - BERNAMA

Artikel Lain