16 Individu Dipercayai Pengikut Al-Arqam Dibawa Ke Mahkamah Syariah 20 Disember Ini - Jais - Semasa | mStar

16 Individu Dipercayai Pengikut Al-Arqam Dibawa Ke Mahkamah Syariah 20 Disember Ini - Jais

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Marzuki Hussin (dua kanan) bersama Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan, Mohd Shahzihan Ahmad (kanan) dan pegawai yang lain menunjukkan buku-buku yang berjaya dirampas semasa sidang media kes ajaran yang diharamkan di Pejabat Jais, Shah Alam, Isnin. -fotoBERNAMA
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Marzuki Hussin (dua kanan) bersama Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan, Mohd Shahzihan Ahmad (kanan) dan pegawai yang lain menunjukkan buku-buku yang berjaya dirampas semasa sidang media kes ajaran yang diharamkan di Pejabat Jais, Shah Alam, Isnin. -fotoBERNAMA

SHAH ALAM: Seramai 16 individu, yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Khamis lepas, akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Gombak Barat, Kuang pada 20 Disember ini.

Pengarah Jais Datuk Marzuki Hussin berkata kesemua mereka, termasuk Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Badrulamin Baharon, akan berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 12(c) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 iaitu cuba menghidupkan semula pertubuhan yang telah diharamkan itu.

"Sebelum ini, mereka telah ditahan hasil siasatan pihak kami selama dua minggu, dan mereka telah dibebaskan dengan jaminan bon RM1,000 dengan seorang penjamin," katanya pada sidang akhbar Isnin.

Beliau berkata berikutan siasatan mengikut Seksyen 12 (c) enakmen itu, mereka didapati melanggar fatwa Mufti Kerajaan Negeri Selangor dengan menjalankan pelbagai program dalam ekonomi, budaya dan kesenian pertubuhan yang diharamkan itu.

Khamis lepas, Jais menyerbu sebuah perhimpunan yang dihadiri lebih 3,500 orang, dipercayai diadakan sempena ulang tahun ke-75 pengasas Al-Arqam, Allahyarham Ashaari Muhammad Ashaari, dan menahan 16 individu itu.

Ashaari meninggal dunia pada tahun 2010. Marzuki juga berkata pihaknya akan menjalankan siasatan susulan terhadap syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd, yang dipercayai terlibat dalam pertubuhan haram itu, dan tidak menolak kemungkinan pengikut Al-Arqam berselindung di sebalik syarikat tersebut.

"Namun kita akan menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui kaitan syarikat ini dengan pertubuhan berkenaan," katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

472,541 Calon Mula Hadapi SPM

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain