suria

PM Ucap Selamat Berjaya Kepada Calon SPM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan selamat berjaya kepada calon-calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan bermula esok.

Ucapan itu disampaikan Najib melalui laman sosial Twitternya @Najib Razak malam ini.

"Saya berdoa agar calon-calon berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM bermula esok. Kepada guru dan ibu bapa, semoga usaha-usaha pendidikan akan membawa hasil," katanya yang kini berada di Vientiane, Laos untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asia-Eropah ke-9 (ASEM 9).

Sebanyak 472,541 calon akan menduduki peperiksaan SPM di 3,590 pusat peperiksaan di seluruh negara mulai esok hingga 6 Disember ini. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain