suria

Orang Ramai Masih Perlu Bayar Saman Walaupun AES – Guan Eng

PETALING JAYA: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, walaupun beliau membangkang Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), orang ramai mesti membayar saman mereka.

"Sebagai pegawai kanan kerajaan, saya mahu Kementerian Pengangkutan menjelaskan kepada kita kenapa mereka mahu melaksanakan AES.

"Tetapi saman-saman ini yang dikeluarkan di bawah undang-undang, dan undang-undang harus dihormati,” kata Lim yang juga Setiausaha Agung DAP.

Beliau merujuk kenyataan Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang tidak mempedulikan saman-saman AES yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan membawa kes itu ke mahkamah.

Lim berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan konvensyen tahunan DAP Selangor di sini, Ahad.

Setakat ini, kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan telah memutuskan untuk menurut pelaksanaan kamera AES di negeri mereka, yang melibatkan 331 kamera daripada 831 di seluruh negara.

Artikel Berikut

Artikel Lain