suria

Lebih 4,500 Syarikat Minta Tangguh Pelaksanaan Gaji Minimum

SEGAMAT: Lebih 4,500 syarikat meminta supaya menangguhkan pelaksanaan gaji minimum yang akan bermula 1 Januari ini, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Permintaan itu diterima oleh Majlis Konsultasi Gaji Kebangsaan dan syarikat-syarikat terbabit berkata bahawa mereka “tidak bersedia melaksanakan gaji minimum,” katanya.

“Majlis Konsultasi Gaji Kebangsaan akan meneliti permintaan tersebut bagi melihat sekiranya alasan-alasan mereka adalah munasabah.

“Jika ia adalah munasabah, mereka akan dikecualikan daripada pelaksanaan gaji minimum untuk satu tempoh masa,” kata beliau pada Ahad.

Artikel Berikut

Artikel Lain