suria

Buruh Binaan Hilang Ketika Memasang Jaring Ditemui Mati Lemas

TEMERLOH: Seorang buruh binaan yang hilang semasa memasang jaring di Sungai Semantan di Kampung Lompat, di sini, tengah hari Jumaat, ditemui mati lemas Sabtu.

Mayat Mohd Khairul Mohd Zain, 32, ditemui tersangkut pada sangkar ikan, tidak jauh dari tempat dia dilaporkan hilang, oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira 8 pagi ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Temerloh, Supt Zundin Mahmood berkata mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) di sini untuk bedah siasat.

Katanya Mohd Khairul dilaporkan hilang ketika memasang jaring di sungai itu bersama-sama seorang rakannya. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain