suria

Bilangan Peserta Perhimpunan Pembangkang Mengecewakan

SEREMBAN: Langkah pertama Pakatan Rakyat untuk mengadakan perhimpunan mega rakyat di seluruh negara bermula di sini malam Sabtu dengan kehadiran kira-kira beberapa ribu orang.

Perhimpunan itu diadakan di kawasan bersaiz empat padang bolak sepak di Seremban Jaya dekat sini dengan kehadiran anggota polis yang ramai.

Ia menampilkan beberapa ucapan oleh para pemimpin Pakatan serta persembahan muzik.

Isu yang dibangkitkan termasuk tuntutan Bersih untuk penambahbaikan sistem pilihan raya, kehadiran warga asing dalam daftar pemilih serta penyenaraian Felda Global Ventures Holdings.

Cadangan pembinaan projek bangunan tinggi berhampiran Bati Caves dan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) turut dibangkitkan.

Pemimpin pembangkang yang hadir termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, merupakan pemimpin kanan pertama berucap di hadapan orang ramai pada kira-kira pukul 10 malam.

Beliau berkata, perhimpunan aman yang sama akan diadakan di seluruh negara dan kemuncak perhimpunan raksasa yang dihadiri lebih sejuta orang di Kuala Lumpur pada Januari.

“Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik akan mengambil bahagian,” katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain