suria

Kasino Haram Belum Berakhir

PETALING JAYA: Kasino eletronik secara haram, yang menggunakan program permainan komputer dan penyiaran permainan secara langsung dari Filipina terus berleluasa di Selangor dan Kuala Lumpur walaupun ia didedahkan oleh media.

Malah beberapa kasino itu telah diserbu dan sepatutnya ditutup telah beroperasi semula.

Starprobe kembali mengunjungi kasino secara elektronik yang haram ini dan telah mendedahkannya pada 2 Ogos tahun lepas dan mendapati tiada yang berubah dan mereka masih beroperasi.

Pemeriksaan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur turut mendedahkan bahawa mereka dengan mudah mempunyai 2,000 cawangan di Selangor, dengan beberapa daerah mempunyai lebih 500, manakala ia dipercayai terdapat 500 lagi di Kuala Lumpur.

Tahun lepas sewaktu kami membuat pendedahan mengenainya, ia hanya terdapat kurang daripada 1,000 cawangan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain