Chin Sung Chew Dari Sin Chew Kekal Jawatan Presiden NUJ - Semasa | mStar

Chin Sung Chew Dari Sin Chew Kekal Jawatan Presiden NUJ

KUALA LUMPUR: Wartawan kanan Sin Chew, Chin Sung Chew mengekalkan jawatannya sebagai presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) bagi penggal 2012-2014 selepas pemilihan kesatuan itu pada Sabtu.

Chin yang memperoleh 711 undi mengalahkan Latip Mat Radzi dari Utusan Karya dengan majoriti 154 undi. Latip mendapat 557 undi, kata NUJ dalam kenyataan di sini, Sabtu.

Pemilihan yang diadakan semasa Persidangan Perwakilan Luar Biasa kesatuan itu, turut menyaksikan Taufek Razak dari Utusan Melayu dan Noor Azmi Othman dari New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) memenangi jawatan naib presiden.

Schave Jerome De Rozario dari The Star pula memenangi jawatan Setiausaha Agung selepas mengalahkan V.Anbalagan dari NSTP dengan majoriti 103 undi, manakala Kuan Tai Huat dari Nanyang Siang Pau dan Mohd Hidhir Basarudin dari Utusan Melayu dipilih untuk jawatan timbalan setiausaha agung dalam pertandingan tiga penjuru.

Jawatan Bendahari Agung dimenangi tanpa bertanding oleh bekas timbalan setiausaha agung Baharudin Reseh Yaacob dari Utusan Melayu. BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain