suria

Wakil Rakyat Pembangkang Desak Guan Eng Kemuka Jawapan Dalam Tempoh 24 Jam

GEORGE TOWN: Wakil rakyat pembangkang Pulau Pinang pada Jumaat mendesak Ketua Menteri Lim Guan Eng mengemukakan jawapan bagi kesemua soalan lisan dan bertulis dalam tempoh 24 jam.

Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya Datuk Arif Shah Omar Shah berkata Ketua Menteri hanya menjawab satu daripada 30 soalan yang dikemukakannya.

Beliau berkata semua transkrip jawapan sepatutnya diletakkan di atas meja setiap wakil rakyat selepas soalan lisan dibacakan, dan kegagalan berbuat demikian menunjukkan pengurusan kerajaan negeri tidak cekap.

"Minggu depan sudah ada sesi perbahasan. Kami perlu maklumat dalam jawapan itu, takkanlah kita nak berbahas secara rambang kerana ini akan menjejaskan kualiti debat," katanya kepada pemberita.

Arif berkata jika Ketua Menteri tidak mengemukakan jawapan dalam tempoh yang ditetapkan, ini bermakna beliau mengaku kerajaan negeri lemah dan tiada integriti. - BERNAMA

Artikel Lain