suria

Pencen Dibayar Awal Sempena Deepavali

KUALA LUMPUR: Pembayaran pencen bagi pesara kerajaan akan dibuat awal bulan ini sempena Deepavali pada 13 November ini.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan menyebut pesara yang mempunyai waran pencen bertarikh 6 hingga 30 November 2012 boleh menunaikannya mulai 5 November.

Pesara yang dibayar menerusi Sistem Pembayaran Pencen Melalui Bank, boleh menuntut bayaran pencen mereka di bank berkenaan mulai 5 November ini. - BERNAMA

Artikel Lain