suria

Lampu Isyarat Lebuhraya Ipoh-Lumut Bakal Dilengkapi Sensor Bantu Kurang Masa Perjalanan

LUMUT: Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata lampu isyarat di sepanjang Lebuhraya Ipoh-Lumut tidak lama lagi akan dilengkapi sistem sensor untuk mengurangkan masa perjalanan. "Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor memberitahu saya bahawa Kerajaan Persekutuan pada dasarnya telah bersetuju untuk memasang lampu isyarat yang menggunakan sistem itu yang dapat mengira bilangan kenderaan yang sedang beratur dan lampu menyala mengikut masa yang sewajarnya. "Kita tidak tahu bila sebenarnya projek itu akan dijalankan, tetapi saya berharap ia akan dilaksanakan tidak lama lagi," katanya dalam satu sidang akhbar di Pangkor pada Jumaat. Dr Zambry menambah anggaran kos pemasangan untuk lampu isyarat, di mana kesemuanya berjumlah lebih daripada 30 buat, bernilai RM5 juta dan ditanggung Kerajaan Persekutuan.

Artikel Lain