suria

Kedai Pakaian Tradisional India Di Ipoh Terbakar

IPOH: Sebuah kedai menjual pakaian tradisonal India dan Punjabi di 'Little India', Pekan lama di sini musnah dalam kebakaran membabitkan kerugian dianggarkan RM800,000.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian 11.50 malam itu kerana kedai tersebut ditutup pada 10 malam Khamis.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh Timbalan Penguasa P.Samasuvam berkata sebanyak 18 anggota bomba dan tiga jentera mengambil masa dua jam untuk memadamkan kebakaran bagi mengelak ia merebak ke kedai bersebelahan.

"Ketika anggota bomba tiba di tempat kejadian, hampir 90 peratus pakaian dalam kedai itu terbakar," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Beliau berkata difahamkan pakaian yang terbakar itu baru tiba di kedai tersebut dari India beberapa minggu lepas untuk dijual sempena perayaan Deepavali.

Katanya, punca kejadian belum diketahui. -BERNAMA

Artikel Lain