Dua Rakyat Malaysia, Satu Warga India Ditahan Di Pusat Pemeriksaan Woodlands - Semasa | mStar

Dua Rakyat Malaysia, Satu Warga India Ditahan Di Pusat Pemeriksaan Woodlands

SINGAPURA: Pegawai imigresen Singapura menahan dua lelaki warga Malaysia dan seorang lelaki warganegara India yang dipercayai cuba di seludup keluar oleh mereka, selepas memeriksa sebuah lori treler berdaftar di Malaysia di pusat pemeriksaan Woodlands di sini.

Pemandu lori treler dan penumpang warga Malaysia itu yang kedua-duanya berumur 28 tahun kelihatan resah apabila pegawai imigresen menahan kenderaan itu untuk pemeriksaan pada 11.55 malam semalam, menurut Pihak Berkuasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam kenyataan pada Jumaat.

Pegawai itu menemui seorang lelaki menyorok dalam ruang penyimpanan di belakang tempat duduk penumpang lori treler sepanjang 40 kaki itu dan terus menahan ketiga-tiga lelaki itu, dan menurutnya lori itu turut dirampas.

ICA berkata ia memandang serius cubaan warga asing untuk tinggal melebihi tempoh atau keluar dari Singapura secara haram.

Mengikut Akta Imigresen, penalti bagi kesalahan tinggal melebihi tempoh ialah penjara sehingga enam bulan dan tiga sebatan dengan rotan manakala penalti bagi keluar secara haram ialah denda sehingga S$2,000 (RM4,995), penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain