NLFCS Diperintah Bayar Ganti Rugi RM2.02 Juta - Semasa | mStar

NLFCS Diperintah Bayar Ganti Rugi RM2.02 Juta

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Rabu memerintahkan Koperasi Kebangsaan Permodalan Tanah Berhad (NLFCS) membayar RM2.02 juta sebagai ganti rugi kepada sebuah syarikat pengurusan projek selepas mahkamah mendapati NLFCS melanggar kontrak melibatkan sebuah projek perumahan di Sungai Petani, Kedah.

Jumlah ganti rugi itu dikeluarkan oleh Timbalan Pendaftar Mohd Khairi Haron di dalam kamar pada Rabu.

Pada 28 Mac lepas, Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim memerintahkan plaintif dibayar ganti rugi khas RM305,500 dan kos guaman RM70,000 selepas mendapati terdapat alasan munasabah dalam tuntutan Westingmont Holdings Sdn Bhd.

Bagaimanapun, Abdul Aziz membenarkan dua tuntutan balas NLFCS, termasuk berhubung pinjaman RM150,000 yang diperoleh plaintif untuk memindahkan hampir 100 penduduk setinggan di kawasan tanah seluas 5.28ha di Kampung Tukang, kira-kira 3km dari bandar Sungai Petani.

Peguam Ranjit Singh yang mewakili Westingmont memberitahu Bernama timbalan pendaftar juga memerintahkan NLFCS membayar faedah 8 peratus setahun dari tarikh perjanjian, 24 Jan 1999 hinggalah ke tarikh kes itu diselesaikan.

Beliau berkata mahkamah menilai ganti rugi am itu selepas mengambil kira jumlah keseluruhan jualan projek pembangunan itu seperti yang dinyatakan di dalam pelan susun atur projek yang diluluskan, yang dianggarkan RM16.3 juta dan selepas ditolak jumlah kos pembinaan berjumlah hampir RM13.8 juta.

Plaintif memfailkan tuntutan itu pada Ogos lepas setelah NLFCS memaklumkan kepadanya bahawa perjanjian yang ditandatangani pada 1998 untuk memajukan tanah berhampiran bandar yang pesat membangun itu, telah habis tempoh.

Setelah Westingmont berkali-kali mengemukakan tuntutan ganti rugi, NLFCS memaklumkan kepada syarikat itu bahawa pihaknya tidak bersedia untuk membayar sebarang ganti rugi bagi kerja yang telah dilakasanakan.

Berikutan itu, pada 23 Ogos 2010, Westingmont memfailkan saman untuk menuntut ganti rugi khas dan ganti rugi am berjumlah RM8 juta.

K. Ranjit Singh dan Patminderjit Singh Gill mewakili plaintif manakala S. Surendran adalah peguam defendan.

Defendan telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu dan Mahkamah Rayuan menetapkan Khamis depan untuk mendengar kes itu. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain

Bapa Wan Azizah meninggal dunia