suria

Petronas Keluar Notis 'Dasar Tidak Menerima Hadiah' Syarikat Berkuat Kuasa Serta-Merta

PETALING JAYA: Petronas, pada Rabu mengumumkan 'Dasar Tidak Menerima Hadiah' syarikat dalam usaha menerapkan nilai-nilai integriti dan amanah dalam segala aspek urusan perniagaannya.

Dasar yang berkuat kuasa serta merta ini diperkenalkan untuk mengelak daripada berlakunya konflik kepentingan atau timbulnya persepsi tentang wujudnya konflik kepentingan melibatkan pihak tertentu.

"Pengenalan dasar ini bertujuan mengelakkan sebarang konflik kepentingan atau timbulnya sebarang persepsi wujudnya konflik kepentingan melibatkan mana-mana pihak yang terlibat di dalam sebarang urusniaga kini dan di masa-masa akan datang di antara Petronas dan sebarang pihak luar," demikian menurut notis 'Dasar Tidak Menerima Hadiah' yang dikeluarkan dalam akhbar tempatan, Rabu.

Di bawah dasar ini, kakitangan Petronas tidak dibenarkan menerima sebarang hadiah berbentuk peribadi daripada mana-mana pihak luar yang mempunyai kepentingan perniagaan dengan Petronas.

Selain itu, kakitangan Petronas juga tidak dibenarkan memberi sebarang hadiah berbentuk peribadi kepada mana-mana pihak luar.

"Walau bagaimanapun, hadiah bersifat cenderahati korporat yang disampaikan kepada pihak Syarikat oleh rakan kerjasama atas tujuan perniagaan yang sah adalah dibenarkan," menurut notis yang dikeluarkan bersaiz separuh muka surat itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain