suria

Penduduk Kampung Railway, Sentul Diperintah Keluar Oleh Mahkamah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini Rabu memberi hak milikan kosong ke atas tanah di Kampung Railway, Sentul kepada Syarikat Sentul Raya Sdn Bhd dan memerintahkan 153 penduduk keluar dari kawasan itu.

Hakim, Datin Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan itu setelah membenarkan permohonan Syarikat Sentul Raya Sdn Bhd di dalam kamar dengan dihadiri peguam Syarikat Sentul Raya, B. Thangaraj dan peguam yang mewakili penduduk kampung itu, P. Uthayakumar.

Uthayakumar memberitahu pemberita bahawa Zabariah membuat keputusan itu setelah mendapati Syarikat Sentul Raya merupakan pemilik berdaftar bagi tanah itu.

Pada 2 Disember 2011, syarikat Sentul Raya memfail saman pemula melalui pengarah eksekutifnya Datuk Hamidah Makhtar dengan mendakwa defendan memasuki tanah itu tanpa izin dan persetujuan plantif.

Menerusi afidavit balasan yang difailkan pada 11 Januari 2012, defendan mendakwa penduduk telah tinggal di kawasan itu sejak 1884 dan mendapat kebenaran daripada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain