Taufan Sandy: Pelajar Malaysia Diminta Patuhi Arahan - Semasa | mStar

Taufan Sandy: Pelajar Malaysia Diminta Patuhi Arahan

KUALA LUMPUR: Pelajar Malaysia di New York, Amerika Syarikat diingatkan supaya sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa negara itu ketika berdepan bencana Taufan Sandy.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata mereka juga dinasihatkan berada dalam kawasan perlindungan dan menyimpan stok makanan yang mencukupi sepanjang tempoh bencana itu melanda.

Beliau berkata pihak kementerian sentiasa memantau keadaan pelajar di New York dan mereka kini dalam keadaan selamat.

"Ini satu bencana yang sudah dijangka akan berlaku dan dimaklumkan akan berlaku. Jadi persiapan dah diambil kira.

"Apa yang penting, mereka mematuhi arahan yang dikeluarkan dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi diri. Jangan jadi hero dengan berada di luar ketika keadaan itu," katanya selepas menghadiri Majlis Mesra Bersama Pelanggan dan Pembayaran Balik Pembiayaan kepada Penerima Kelas Pertama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (2005-2010) di Pusat Dagangan Dunia Putra Selasa.

Sandy diletak dalam taufan kategori 1 dengan tiupan angin sehingga 120 kilometer sejam sejak tengah hari Ahad di New York. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Suspek Pengganas: PDRM Tunggu Laporan Lubnan

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain