suria

Orang Dalam Terbabit Kes Menyamar Kerabat Diraja Kedah

Yang DiPertua Persatuan Kerabat DiRaja Kedah, Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya menunjukkan lambang persatuan yang betul (kiri) dan yang salah (kanan) pada sidang media di pejabat persatuan itu di Alor Setar, Kedah. -fotoBERNAMA

ALOR SETAR: Persatuan Kerabat DiRaja Kedah (PKDK) pada Selasa mengesahkan seorang anggotanya terbabit dalam kes sekumpulan orang yang menyamar kerabat diraja Kedah pada majlis di sebuah hotel di Pulau Pinang, 23 Oktober lepas.

Yang DiPertuanya, Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya berkata PKDK tidak terlibat dengan majlis tersebut anjuran Pertubuhan Amal Kebajikan Islamiah Malaysia DiRaja (PAKIM DiRaja) bagi menyampaikan selendang pentauliahan ahli jawatankuasa yang dilantik.

Katanya PKDK perlu menunggu polis selesai menyiasat sebelum boleh membuat kenyataan dan saya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.

"Sebelum serbuan dibuat, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi menghubungi saya untuk mengesahkan maklumat yang diperolehi.

"Saya menyokong penuh tindakan polis mengambil tindakan tegas supaya kes-kes seperti ini dapat dibanteras," kata Tengku Zainol Rashid pada sidang akhbar di pejabatnya di sini.

Dalam kes itu, 13 lelaki disyaki menyamar sebagai kerabat diraja Kedah ditahan dan 11 dari mereka direman dua hari bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun sembilan dari mereka kemudian dibebaskan dan dua masih ditahan untuk siasatan lanjut.

Sementara itu Tengku Zainol Rashid berkata PKDK yang ditubuhkan pada 1997 kini mempunyai kira-kira 900 ahli.

Tambahnya, seramai empat ahli telah digantung keahlian kerana mengutip derma untuk organisasi tersebut.

Beliau berkata, pihaknya juga tidak terlibat dalam penjualan kad keahlian dan tidak pernah mengeluarkan kad untuk ahli.

"Ahli dikenal pasti melalui nombor keahlian sahaja," katanya.

Katanya kad hanya dikeluarkan oleh pejabat Sultan Kedah untuk gelaran "Yang Teramat Mulia" (YTM) untuk anakanda atau cucunda sultan yang telah memerintah kedah manakala gelaran "Yang Mulia" adalah untuk cicit tetapi tiada kad untuk gelaran tersebut.

Artikel Lain