Wanita Dipercayai Sakit Jiwa Ditemui Lemas - Semasa | mStar

Wanita Dipercayai Sakit Jiwa Ditemui Lemas

ALOR SETAR: Mayat seorang wanita ditemui terapung di Sungai Kedah di sini setelah dipercayai terjatuh ke sungai itu kira-kira pukul 11.45 pagi ini.

Wanita berusia 54 tahun itu yang dipercayai mengalami sakit jiwa, ditemui lemas oleh orang awam di sungai tersebut tengah hari ini yang kemudiannya menghubungi pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata mangsa yang sudah berkahwin dan tidak mempunyai anak itu tinggal di Taman Laguna Mas, Jalan Alor Mengkudu dekat sini.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat.

"Bapa si mati juga telah datang membuat pengecaman mayat tersebut," katanya. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain