suria

PKR Gesa Garis Panduan Iklan Pembantu Rumah

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa Kementerian Sumber Manusia mengeluarkan garis panduan khusus kepada agensi pembantu rumah supaya tidak mengeluarkan iklan yang boleh memberi implikasi negatif.

Naib Presidennya, Tian Chua berkata, merujuk kepada satu iklan yang diterima pihaknya pada Ahad, dilihat mampu memberikan impak negatif kepada dua negara serumpun, Malaysia dan Indonesia.

Menurutnya, penyebaran iklan telah menyebabkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima surat protes.

"Iklan ini telah menyentuh sensitiviti ramai pihak. Dengan adanya garis panduan yang jelas kepada agensi, perkara seperti ini dapat dielakkan.

"Seharusnya, kementerian memantau iklan-iklan seperti ini supaya tidak menyentuh maruah dan sensitiviti," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, Isnin.

Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu berkata, iklan tersebut jelas menunjukkan sikap kurang bijak dan tidak wajar dipaparkan.

"PKR akan menghantar surat kepada syarikat ini supaya menarik iklan ini dan dihentikan serta-merta.

"Jika perlu, mereka boleh membuat permohonan maaf di atas sikap kurang sensitif dan menyentuh maruah seperti ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menegaskan pembantu rumah bukan barang dagangan.

"Mereka harus sensitif kerana isu pembantu rumah sangat kritikal pada masa ini.

"Seharusnya berterima kasih kepada pembantu dari Indonesia khususnya kerana telah mengurangkan beban rakyat di negara ini.

Artikel Lain