suria

Pemandu Ambulans Maut Terlanggar Lori Di Tepi Jalan

MAUT... Seorang pemandu ambulans Hospital Pasir Mas, Alias Awang, 50, terbunuh apabila motosikal yang ditungganginya dikatakan merempuh sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan, di Jalan Kota Baharu-Pasir Mas Salor di Kota Baharu, Kelantan, Isnin. Kejadian kira-kira 9 pagi itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan untuk mengambil ubat di Hospital Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. -fotoBERNAMA

KOTA BAHARU: Seorang pemandu ambulans Hospital Pasir Mas terbunuh apabila motosikal yang ditungganginya dikatakan merempuh sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan, di Jalan Kota Baharu-Pasir Mas Salor di sini, Isnin.

Kejadian kira-kira 9 pagi itu berlaku ketika mangsa, Alias Awang, 50, dalam perjalanan untuk mengambil ubat di Hospital Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Azham Othman berkata Alias mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke HUSM untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya.

Polis telah menahan pemandu lori itu yang berusia 37 tahun untuk membantu siasatan.

Isteri mangsa, Azizah Mat Ali, 53, ketika ditemui di tempat kejadian berkata arwah suaminya yang disyaki menghidap penyakit jantung tidak menunjukkan sebarang petanda luar biasa sebelum kejadian itu.

"Saya bergegas ke sini setelah dimaklumkan oleh keluarga terdekat tidak lama selepas kemalangan itu," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain