suria

Lelaki Maut Terjatuh Bangunan Di George Town

GEORGE TOWN: Seorang lelaki ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat 21 pangsapuri Taman Lone Pine di Bayan Baru awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata pada kejadian 4 pagi itu lelaki berusia 30-an terbabit mati di tempat kejadian ekoran kecederaan parah di kepala dan seluruh badan.

"Kita tidak menemui sebarang dokumen pengenalan pada lelaki itu dan penduduk di kawasan perumahan berkenaan tidak mengenalinya," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Beliau berkata mayat lelaki itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan siasatan awal mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut. - BERNAMA

Artikel Lain