Tindakan Tegas Jika Sewakan Gerai Kepada Warga Asing - DBKL - Semasa | mStar

Tindakan Tegas Jika Sewakan Gerai Kepada Warga Asing - DBKL

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan bertindak tegas terhadap peniaga tempatan yang didapati menyewakan gerai kepada warga asing dalam usaha mengekang kebanjiran peniaga asing di ibu kota.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata ini kerana masalah itu berpunca daripada sikap peniaga tempatan sendiri yang mahu meraih pendapatan mudah dengan mengenakan kadar sewa tinggi kepada warga asing.

"Mereka tahu warga asing akan tetap bayar biarpun mahal. Ini menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab penjaja tempatan terhadap lesen yang kita berikan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis ibadah korban Masjid Negara, di sini, Sabtu.

Untuk itu, Ahmad Phesal berkata DBKL dengan kerjasama polis dan imigresen akan bertindak lebih agresif mengesan peniaga asing di sekitar ibu kota khususnya di Pasar Jalan Raja Bot di Chow Kit.

DBKL akan membatalkan lesen peniaga tempatan terbabit serta menyita lot gerai berkenaan jika didapati disewakan kepada warga asing, katanya.

Ahmad Phesal turut menegaskan projek pembangunan semula Pasar Jalan Raja Bot tidak menjanjikan penyelesaian kepada isu peniaga asing selagi orang tempatan terus membuka peluang kepada warga asing untuk berniaga.

Mula beroperasi pada 1955, pasar itu menempatkan lebih 1,500 peniaga yang menjual pelbagai barangan keperluan harian seperti sayur, buah-buahan, pelbagai jenis daging selain menjual pakaian dan makanan.

Dalam pada itu, Ahmad Phesal berkata 2,000 unit gerai pelbagai kategori akan dibina di bawah pembangunan semula Pasar Jalan Raja Bot.

Pelannya dimuktamadkan baru-baru ini dan pembinaan dijangka bermula awal tahun depan serta siap pada 2017.

Pada majlis itu beliau turut melepaskan konvoi 10 kenderaan membawa daging korban untuk diagih ke rumah kebajikan dan perkampungan Orang Asli sekitar Selangor. Konvoi turut membawa lembu untuk majlis korban di lokasi berkenaan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain