suria

Pelajar Luar Negara Wajar Terima Baucar Buku 1Malaysia

BEIJING: Pelajar Malaysia di luar negara sepatutnya layak menerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) bernilai RM250, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Senator Gan Ping Sieu.

Perkara itu akan dirujuk kepada Kementerian Kewangan, katanya dan menurutnya pelajar berkenaan juga sepatutnya menikmati kemudahan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia(KADS1M).

"Pelajar kita di luar negara juga sepatutnya menikmati kemudahan itu (yang sama), katanya ketika ditemui Bernama pada majlis makan malam dan sesi dialog dengan kira-kira 150 pelajar Malaysia yang dianjurkan pada Sabtu malam sempena lawatan tiga hari beliau ke sini.

Semasa membentangkan Belanjawan 2013 pada 28 Sept, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata program BB1M akan terus dilaksanakan untuk pelajar prauniversiti dan penuntut di institusi pengajian tinggi, dengan tambahan sebanyak RM50 kepada RM250.

Sementara itu, satu perjanjian persefahaman (MoU) ditandatangani antara Majlis Sukan Negara (MSN) Malaysia dan All China Sport Federation untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang sukan.

Gan menandatangani perjanjian itu bagi pihak MSN manakala All China Sport Federation diwakili timbalan presidennnya, Yang Shu'an. -BERNAMA

Artikel Lain