Nenek Dan Cucu Maut Dalam Nahas Jalan Raya - Semasa | mStar

Nenek Dan Cucu Maut Dalam Nahas Jalan Raya

JITRA: Seorang nenek dan cucu perempuannya yang dalam perjalanan pulang daripada membeli-belah sempena Deepavali, antara tiga yang maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta di persimpangan lampu isyarat di Taman Suria, Jalan Tunjang-Jitra di sini Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Ibrahim Mohd Yusoff berkata dalam kejadian kira-kira 5.40 petang itu, M. Kannigah, 61, dan G.Rathika, 29, meninggal dunia di tempat kejadian manakala cucu Kannigah, J.Thivyaamsheni, 13, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Mertajam disahkan meninggal dunia di Hospital Jitra.

Katanya suami Rathika yang merupakan pemandu kereta yang dinaiki mereka, D.Sivaprakash, 33, dan anak perempuannya berusia empat tahun dan abang Thivyaamsheni yang berumur 16 tahun mengalami kecederaan serius dan kini dirawat di hospital yang sama. Identiti kedua-duanya masih belum dikenal pasti.

Bagaimanapun, Ibrahim berkata pemandu serta anggota keluarga kereta Exora yang terlibat dalam kemalangan itu hanya cedera ringan. Katanya, kereta yang dipandu Sivaprakash yang dalam perjalanan pulang daripada membeli-belah sempena Deepavali di Padang Besar, Perlis dikatakan bergesel dengan kereta Exora itu dan hilang kawalan sebelum merempuh tiang lampu isyarat yang menyebabkannya terbalik.

Ibrahim berkata lampu isyarat di persimpangan tersebut yang tidak berfungsi sejak awal pagi semalam dikatakan menjadi punca berlaku dua kemalangan kecil sebelum berlakunya kemalangan yang meragut nyawa tiga wanita terbabit.

Katanya mayat ketiga-tiga wanita dihantar ke Hospital Jitra untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing.

Sementara itu, anggota Parlimen Kubang Pasu, Datuk Mohd Johari Baharum yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani melawat anggota keluarga mangsa di rumah mayat hospital itu. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.