Polis Terengganu Tubuh Pasukan Khas Buru Enam Samseng - Semasa | mStar

Polis Terengganu Tubuh Pasukan Khas Buru Enam Samseng

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu menubuhkan satu pasukan khas bagi memburu enam samseng yang dipercayai terlibat dalam empat kes serangan di Besut sejak Julai lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan berkata semua suspek dipercayai menyerang dan memukul sehingga mendatangkan kecederaan parah kepada mangsa. "Kita memandang serius perkara ini walaupun serangan yang mereka lakukan hanya disebabkan cemburu, menunjukkan isyarat lucah dan gagal membayar hutang," katanya kepada pemberita, di sini, Jumaat.

Katanya polis tidak boleh bertolak ansur dengan perbuatan suspek yang tidak menghormati undang-undang.

Mereka yang diburu itu termasuk seorang kontraktor, Che Wan Sharmizie Che Wan Mat, 29, dari Kampung Baru Bukit Tumbuh, Besut bagi membantu siasatan serangan ke atas seorang guru lelaki berusia 35 tahun kelmarin. "Kita telah membuat serbuan di rumah suspek, namun gagal mengesan suspek dan dipercayai suspek telah melarikan diri dan masih bersembunyi di sekitar Besut," katanya.

Dalam kes serangan pada hari Selasa di hadapan Maktab Perguruan Sultan Mizan, Besut itu, guru tersebut cedera di belakang badan, tangan kanan dan kaki kiri akibat ditetak dengan parang oleh dua lelaki bertopeng dipercayai kerana cemburu.

Selain itu, polis juga menjejaki tiga beradik bagi membantu siasatan seorang lelaki diserang selepas mangsa menegur dan menampar kanak-kanak yang membuat bising di dalam masjid.

Anuar, Azizan dan Afizol Awang yang berusia antara 39 dan 45 tahun itu dipercayai bersembunyi selepas menyedari mereka dikehendaki polis, kata Manoharan.

Dua lagi yang diburu polis ialah Mohd Amir Che Ya, 24 (kes memberi isyarat lucah) dan Zamri Husin, 30 (kes tidak bayar hutang).

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai semua suspek agar menghubungi balai polis berdekatan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain