suria

Lelaki Yang Mempunyai Rekod Jenayah Maut Ketika Mahu Curi Kabel Elektrik

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang lelaki yang dipercayai mahu mencuri kabel elektrik, membawa padah apabila dia maut akibat terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Taman Kampung Muhibbah, Bukit Jalil pagi Jumaat.

Kejadian berlaku pada pukul 4.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh berkata mangsa yang berusia 40 tahun itu turut mempunyai beberapa rekod jenayah.

Mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras.

Dalam kejadian lain, seorang pekerja binaan warga Indonesia dikhuatiri lemas akibat terjatuh ketika memancing bersama rakannya di kawasan lombong di Taman Kampung Muhibbah, Khamis.

Mohan Singh memberitahu Bernama ketika kejadian 5.30 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Mohd Sain, 39, dipercayai tergelincir ketika hendak membetulkan tali pancingnya.

Katanya operasi mencari dan menyelamat dijalankan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil, Jabatan Pertahanan Awam Malayaia dan pihak polis. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain