suria

Lelaki Terbunuh, Abang Cedera Parah Dalam Pergaduhan Akibat Mabuk

KLANG: Seorang lelaki terbunuh dan abangnya cedera parah dalam pergaduhan ketika mabuk di sebuah restoran di Taman Sentosa di sini pada lewat malam Khamis.

Ketua Polis Daerah Klang Selantan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, G. Yogeswaran, 26 meninggal dunia apabila ditikam pada perutnya, manakala abangnya Navindran, 27, cedera parah.

Dalam kejadian pada pukul 11.30 malam Khamis, Mohamad berkata, mangsa merupakan antara enam lelaki berkumpulan yang minum di sebuah restoran.

“Mereka dipercayai mabuk, dan mula mengusik dan mencemuh antara satu sama lain sebelum pergaduhan berlaku.

“Suspek memukul mangsa dengan sebatang kayu dan botol kaca,” katanya.

Navindran sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini, manakala polis sudah menahan dua suspek.

Mohamad berkata, polis sedang mencari dua lagi suspek, dan mengklasifikasikan kes itu sebagai bunuh.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain