Rayuan Dua Anggota Polis Dalam Kes Pembunuhan Altantuya Ditangguh - Semasa | mStar

Rayuan Dua Anggota Polis Dalam Kes Pembunuhan Altantuya Ditangguh

PUTRAJAYA: Pendengaran kes rayuan dua bekas komando Unit Tindakan Khas (UTK) yang dihukum mati atas pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006, ditangguhkan.

Sebelum ini tarikh pendengaran kes rayuan, yang dijadual didengar pada Ogos lalu, telah ditangguh pada 31 Oktober dan 1 November oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan N. Kanageswari pada Julai lepas.

Pendaftar Mahkamah Rayuan serta peguam Datuk Hazman Ahmad, yang mewakili Cif Inspektor Azilah Hadri dan peguam bersama Kitson Foong bagi Koperal Sirul Azhar Umar, mengesahkan tarikh pendengaran kes itu dikosongkan.

Bagaimanapun, tiada tarikh baru ditetapkan. Hazman, ketika dihubungi, berkata kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan memerlukan lebih masa untuk meneliti rekod rayuan yang mengandungi 65 jilid.

Sementara itu, Foong, ketika dihubungi, berkata kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan telah membuat permohonan untuk menangguhkan pendengaran kes itu.

Beliau berkata satu lagi tarikh pengurusan kes akan ditetapkan.

Menurutnya, bagi Sirul Azhar, pihak pembelaan akan membangkitkan sekurang-kurangnya 26 isu semasa rayuan itu nanti. Azilah, 34 dan Sirul Azhar, 39, disabit dan dikenakan hukuman mati oleh oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 kerana membunuh model sambilan itu ketika berusia 28 tahun.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu itu antara pukul 10 malam, 19 Okt dan 1 pagi, 20 Oktober 2006 di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja, Klang, dekat sini.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, yang didakwa bersubahat membunuh wanita Mongolia iti dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober, 2008, selepas pendakwa gagal membukti kes prima facie terhadapnya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Restoran, Kedai Roti Bersedia Menyerap Kos

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain