suria

Polis Cari Saksi Kes Dadah

KUANTAN: Polis sedang menjejaki seorang wanita yang perlu hadir sebagai saksi pada perbicaraan kes berkaitan dadah di Mahkamah Tinggi Kuantan pada 30 Oktober ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata Safiah Muhamad, 38, beralamat terakhir di 439 Felda Bukit Kuantan dinamakan sebagai saksi pendakwaan dalam kes pengedaran dadah membabitkan seorang lelaki.

Wanita itu turut ditahan bersama lelaki terbabit pada 29 Julai lepas dalam satu sekatan jalan raya di Km 23 Jalan Jerangau-Jabor, namun dibebaskan kemudian, katanya kepada Bernama, di sini, Jumaat.

Wanita itu kini tidak dapat dikesan dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya menghubungi balai polis berdekatan, katanya. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain