suria

MIC Gesa K'jaan Selangor Hentikan Projek Kondo Di Batu caves

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor patut campur tangan dan menghentikan segera pembinaan kondominium 29 tingkat dalam kawasan Batu Caves, kata Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel, Khamis.

Katanya kerajaan negeri tidak wajar mengambil risiko kerana kawasan itu adalah bukit batu kapur bukan granit seperti di Damansara.

Palanivel yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata batu kapur mudah menyerap air dan mengembang terutama ketika hujan lebat.

"Kondo itu dan juga gua mungkin runtuh, jika tidak sekarang mungkin pada masa akan datang sekiranya aktiviti pembangunan terus dibiar berlaku di situ," katanya dalam kenyataan, di sini.

Beliau berkata kerajaan Selangor harus mengenal pasti kawasan baharu untuk projek kondominium tersebut.

Palanivel juga menyeru kaum India dari seluruh negara agar menyatakan bantahan mereka secara aman bagi menghentikan pembinaan di Batu Caves. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain