Kes Bunuh Eksekutif TV9 Disebut Semula 10 Dis Ini - Semasa | mStar

Kes Bunuh Eksekutif TV9 Disebut Semula 10 Dis Ini

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret di sini, Khamis menetapkan 10 Dis ini untuk sebutan semula kes bunuh eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9, Nur Syaleza Jaffar.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menetapkan tarikh itu bagi membolehkan pihak pendakwaan mendapatkan laporan bedah siasat.

Suami mangsa, Norazman Bashah, bekas eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak, didakwa membunuh Nur Syaleza, 31, di kediamannya di No.115, Tingkat 1 Blok O, Apartment Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai antara 12 tengah hari hingga 7.30 malam, 28 Julai lepas.

Norazman yang diwakili peguam Shah Rizal Abdul Manan dan Muhammad Fadhli Sutris, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aifaa Che Abdullah. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Keselamatan Parlimen Lemah - Speaker

default image

1,000 Ikuti Proses Pemilihan Presiden AS

Lebih Artikel

'Rapunzel' tak potong rambut 28 tahun