suria

Polis Tahan Empat Lagi Rakyat Colombia Suspek Kes Pecah Rumah

KUALA LUMPUR: Polis menahan empat lagi rakyat Colombia, yang disyaki sebahagian daripada sindiket dalam beberapa kejadian pecah rumah di ibu negara.

Empat suspek lelaki ditahan pada Jumaat di kondominium di Taman Desa berikutan terdapat maklumat daripada para penduduk, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wa pada Selasa.

Polis menjumpai beberapa komputer riba, kamera, beg tangan berjenama, jam termasuk empat senjata palsu.

Keempat-empat mereka dikaitkan dengan empat lagi rakyat senegara yang ditahan dua hari sebelumnya oleh polis Selangor.

Kesemua mereka memiliki pasport palsu.

Rakyat Colombia perlu memohon visa untuk memasuki Malaysia.

Artikel Berikut

Artikel Lain