suria

Pengurus Artis Jangan Lebih Sudu Dari Kuah

Ada yang tak keruan apabila Amy (Search) menyindir tingkah laku segelintir pengurus artis.
Ada yang tak keruan apabila Amy (Search) menyindir tingkah laku segelintir pengurus artis.
Ada yang tak keruan apabila Amy (Search) menyindir tingkah laku segelintir pengurus artis.

ADOIII

KISAHpenyanyi rock legenda, Amy (Seach) menegur seorang pengurus artis benar-benar menarik perhatian saya.

Dalam satu laporan Amy dikatakan tidak berpuas hati dengan seorang pengurus kepada seorang pelakon popular yang dilihat mengongkong artisnya itu.

Kerana takut dengan kongkongan itu, si artis pun jadilah macam kera sumbang.

Sebenarnya saya berterima kasih kepada Amy kerana sebagai seorang yang sudah masak dalam dunia hiburan, dia melihat suasana itu sebagai perkara yang tidak baik. Dia berani membuat teguran. Inilah bagusnya orang lama.

Sekarang ini artis seolah-olah takut dengan pengurus sendiri. Bukannya apa, kononnya si pengurus lebih bijak. Jadi, kata-kata pengurus, artis kena dengar.

Tapi sebenarnya artis itu tak faham, mereka yang membayar gaji kepada orang yang dilantik menjadi pengurus. Pengurus kena tahulah, siapa sebenarnya majikan, siapa pula pekerja?

Saya mahu ambil contoh sewaktu saya mengenali Amy pada awal kerjaya saya pada tahun 1994.

Amy bersama kumpulan Search pada ketika itu bernaung di bawah syarikat rakaman BMG. Saya masih ingat, semasa saya hendak menemu bual Amy, pengurusnya datang berjumpa saya.

Dia kata, Amy tengah “bad mood”. Jadi, si pengurus tadi telah memberi tip kepada saya macam mana untuk menghilangkan “bad mood” Amy itu.

Dalam masa yang sama si pengurus ini benar-benar hormat terhadap artis yang dijaganya selain tidak menghalang saya untuk bertanya apa juga kepada Amy.

Katanya, Amy mampu menjawab apa juga soalan kerana dia sudah mahir untuk berhadapan dengan pihak media. Sebagai pengurus dia sudah melatih Amy supaya menjadi artis yang terbaik.

Kata-kata pengurus artis itu membuat saya terkesima sebentar. Hebat pengurus artis ini kerana dia berjaya melatih artisnya untuk menjadi individu hebat apabila berurusan kerana kerja. Malah imej pengurus ini juga menarik. Cara berpakaian serta keterampilannya begitu mempesonakan. Ia belum lagi ditambah dengan haruman minyak wangi yang dipakainya.

Itulah bezanya cara pengurus artis dahulu buat kerja.

Pengurus artis hari ni? Huh!!! Anda di antaranya “hempeh” dan langsung tidak mencerminkan artis yang dijaganya termasuklah dari segi imej berpakaian dan cara penampilan diri. Ada sesetengahnya macam tidak terurus.

Ia tidak termasuk lagi pengurus yang lebih sudu dari kuah kerana gila glamor melebihi artis yang dijaganya.

Seseorang pengurus artis itu sewajarnya bijak menyusun jadual artis masing-masing, menangani isu dengan cara berhemah selain berkeupayaan mendidik artisnya menjadi lebih baik.

Mereka juga wajar membina reputasi dengan semua peringkat golongan.

Saya berhadapan dengan pengalaman berurusan dengan pengurus artis yang mengambil masa selama tiga hari untuk memaklumkan jadual artis yang dijaganya.

Malah ada sesetengahnya pula melarang wartawan bertanyakan soalan-soalan tentu kepada artisnya. Wajarkah begitu?

NIEZAM: Dengar cerita ada seorang artis popular nak pecat pengurusnya. Lain di suruh, lain dibuat!!! Wajarlah...

Artikel Berikut

Artikel Lain