Pameran Foto Rakyat Bersama Perdana Menteri - Semasa | mStar

Pameran Foto Rakyat Bersama Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) dengan kerjasama pertubuhan media tempatan akan mengadakan pameran foto bertajuk 'Rakyat Bersama Perdana Menteri' selama tiga hari bermula 26 Okt di ruang legar Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik Selatan di sini.

Pengerusi Bernama Datuk Abdul Rahman Sulaiman berkata pameran itu akan memaparkan kira-kira 300 keping foto terbaik merakamkan detik bersejarah rakyat bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menghadiri pelbagai acara dan meraikan peristiwa penting.

"Pameran ini adalah hasil gabungan koleksi foto-foto menarik daripada Bernama Images serta rangkaian media tempatan yang lain seperti Utusan Malaysia, Nanyang Siang Pau, The Star, NSTP (The New Straits Times Press) dan Tamil Nesan", katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Orang ramai dijemput hadir menyaksikan pameran dari 10 pagi hingga 10 malam itu bagi melihat karya jurufoto berpengalaman yang mewakili pelbagai pertubuhan media dalam negara. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.