Nik Aziz Mungkir Janji Jika Bertanding Lagi PRU 13 - Semasa | mStar

Nik Aziz Mungkir Janji Jika Bertanding Lagi PRU 13

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang sebagai mungkir janji.

Beliau berkata rakyat seharusnya tidak memilih pemimpin yang mempunyai sifat tersebut dalam pemerintahan negara.

"Saya fikir rakyat Malaysia patut ambil perhatian kepada orang yang pernah berjanji selepas itu mungkir janji.

"Kalau orang macam ini jadi pemimpin negara, dia akan mungkir janji sepanjang masa," katanya.

Terdahulu, Nik Aziz pernah membuat kenyataan secara terbuka tidak mahu bertanding lagi di manaimana kawasan parlimen.

Sebaliknya, melalui temubual eksklusif bersama portal berita AntaraPos.com, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan membayangkan untuk bertanding semula pada pilihan raya umum akan datang kerana disyorkan berbuat demikian oleh PAS.

Beliau turun menyatakan akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka jika dikehendaki pucuk pimpinan parti.

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain