MARANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah menyediakan lebih 500 buah bot, beberapa buah lori dan helikopter untuk digunakan semasa banjir yang dijangka melanda beberapa negeri terutamanya di Pantai Timur mulai bulan depan.Ketua Pengarah JBPM Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim menyatakan demikian ketika ditemui pada Majlis Tamat Latihan Kursus Sijil Sains Kebombaan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM), Wakaf Tapai di sini hari ini. Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM, Datuk Amer Yusof; Penolong Ketua Pengarah (Latihan) JBPM, Mohammad Hamdan Wahid; dan Pengarah JBPM negeri, Md Salleh Sarbini.Pada majlis itu, seramai 276 pelatih termasuk 10 perempuan tamat latihan Pegawai Bomba Gred KB17. BERNAMA