suria

BRIM 2.0 Diagih Pada Januari

KUALA LUMPUR: Kerajaan menjangka akan mengagihkan bahagian pertama Bantuan Rakyat Satu Malaysia Rakyat 2.0 (BR1M 2.0) sebanyak RM500 pada Januari tahun depan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai.

Beliau berkata, borang permohonan akan disediakan kepada pemohon yang layak bulan depan.

Dengan pengalaman yang diperolehi daripada pembayaran BR1M pertama, Kerajaan percaya bahawa ia boleh memuktamadkan data penerima bantuan tunai dalam tempoh dua bulan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Cocoon Alorie Wellness Resort di sini, pada Rabu.

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan BRIM 2.0 semasa membentangkan Bajet 2013 di Parlimen pada 28 Sept.

Orang dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM3, 000 sebulan adalah layak untuk bantuan satu kali RM500 tunai. - Bernama

Artikel Berikut

Artikel Lain