suria

Boeing Mulai Bina Pesawat 777 Pertama Pada Kadar Pantas

KUALA LUMPUR: Boeing pada Rabu memulakan pembinaan pesawat 777 pada kadar yang pantas yang pernah dilaksanakan bagi pesawat Boeing dua lorong.

Boeing berkata kadar 8.3 pesawat sebulan itu adalah peningkatan hampir 20 peratus berbanding kadar 7.0 sebulan sebelum ini.

"Bahagian bawah pesawat itu ditempatkan pada kedudukannya awal hati ini," kata pengeluar pesawat itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Washington Selasa.

Naib Presiden dan Pengurus Besar 777 Scott Fancher berkata pihaknya telah mengambil ratusan pekerja tambahan dan kemajuannya menggalakkan.

Katanya peningkatan kadar pembinaan itu mencerminkan permintaan kukuh mendapatkan pesawat 777 itu.

"Ia terus menjadi peneraju di dalam pasaran 300-400 tempat duduk penumpang," kata Fancher.

Pesawat itu, 777 freighter, akan diserahkan kepada Korean Air pada Februari tahun depan.

Sejumlah 1,049 pesawat 777 kini sedang di dalam perkhidmatan manakala 1,380 ditempah oleh 63 pelanggan di seluruh dunia.BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain