suria

PM Ziarah Jenazah Ibu Timbalan Ketua Setiausaha Sulitnya

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa menziarahi jenazah ibu Timbalan Ketua Setiausaha Sulit Pejabat Perdana Menteri Iskandar Mohd Kaus, di Bukit Damansara, di sini.

Datin Safiah Ahmad, 76, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini pukul 6.30 petang Isnin.

Sejurus tiba pada 8.30 pagi, Najib menyampaikan ucapan takziah kepada suami Allahyarham, Datuk Mohd Kaus Salleh yang juga bekas Ketua Pengarah Penerangan.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini kira-kira 11.30 pagi. - BERNAMA

Artikel Lain