suria

Kajian Pengundi Pos Luar Negara Di Peringkat Akhir

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini pada peringkat akhir kajian bagi membolehkan rakyat Malaysia yang berada di luar negara untuk mengundi secara pos pada pilihan raya umum akan datang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, antara isu akhir yang sedang diperhalusi SPR ialah berkaitan borang permohonan kertas undi bagi pengundi kategori berkenaan.

"SPR pada masa ini sedang di peringkat akhir untuk memuktamadkan semua perkara yang berkaitan dengan cadangan yang dikemukakan.

"Antara lain ialah pindaan kepada Borang 1 iaitu permohonan kertas undi pos dan perwartaan bagi kategori pemilih ini," katanya ketika menggulung perbasahan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 di peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Sementara itu menjawab mengenai isu yang dibangkitkan Anthony Loke Seiw Fook (DAP-Rasah) mengenai garis panduan pelaksanaan proses berkenaan, Mohamed Nazri berkata parti-parti politik akan dimaklumkan mengenai tersebut secara terpeinci.

"Saya percaya bila ia dimuktamadkan, sudah tentu satu pemberitahuan tentang proses itu akan diberitahu kepada semua parti politik," katanya.

Artikel Lain